SEJARAH
Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah ditubuhkan pada
Julai 1973 serentak dengan penubuhan UiTM
Sabah yang dikenali pada masa itu sebagai Yayasan Sabah โ Institut Teknologi
MARA (YS-ITM) di Sembulan, Kota Kinabalu. Terletak ditingkat satu blok kuliah.
Mula beroperasi dengan bilangan 3 orang staf.
Perpustakaan di Sembulan masih dikekalkan walaupun pada tahun 1983 sebahagian besar ITM Sabah berpindah ke kampus tetapnya di Kuala Mengatal dimana Perpustakaan ditempatkan di Blok Rafflesia. Perpustakaan ITM Sabah beroperasi sepenuhnya di Kampus Kuala Mengatal apabila pada tahun 1991, ITM Sabah menyerah sepenuhnya bangunan Kampus Sembulan kepada Yayasan Sabah.
Pada Jun 1993, bangunan Perpustakaan berpindah ke bangunan Perpustakaan baharu di Pusat Pentadbiran dan Akademik. Apabila ITM Sabah meluaskan kampusnya ke Tawau, sebuah Perpustakaan diwujudkan di kampus berkenaan di tingkat 2 Wisma MAA dan pada tahun 2003, Perpustakaan tersebut dipindahkan ke tingkat 4 bangunan yang sama bagi mendapatkan ruang yang lebih besar dan selesa.
Pada 18 Mac 2003 perpustakaan di kampus Kota
Kinabalu terpaksa dipindahkan ke bekas Dewan Reakrasi disebabkan masalah
struktur bangunan. Perkhidmatan pinjaman / pemulangan dijalankan secara โoff
lineโ dan kemudian dijalankan transaksinya ke server yang masih berada di bangunan asal.
Kesemua aktiviti perpustakaan dapat dijalankan di perpustakaan baharu di
kawasan Medan Ilmu setelah server ILMU dipindahkan pada 1 April 2003 dan
perkhidmatan Kaunter Sirkulasi berjalan sepenuhnya pada 2 April 2003.
Sebelum itu, pada 28 Februari 2004 sebuah
ruang berhampiran Perpustakaan
iaitu bekas Dewan Makan siap
diubahsuaikan menjadi ruang tambahan Perpustakaan. Pertambahan ruang ini
membolehkan pihak Perpustakaan menyediakan sebanyak 160 tempat duduk
pengguna.