Pada 24hb Oktober 2018, PTAR UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama syarikat pembekal telah mengadakan Bengkel Teknikal Dan Pengajaran Kreatif Smart Classroom, di Aras 3 Menara Pustaka ,PTAR Cawangan Sabah. Antara yang menghadiri bengkel berkenaan adalah Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Jasman Jaafar, ketua koordianator program, para pensyarah dan beberapa orang staf PTAR Sabah.
Bengkel yang berlangsung selama sehari ini telah memberikan pendedahan kepada peserta cara penggunaan dan pengendalian Bilik Smart Classroom dan secara tidak langsung bengkel ini telah memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi utama bilik berkenaan.
No comments:
Post a Comment