Pada 20hb Februari 2019 (Rabu) PTAR UiTM Cawangan Sabah telah menerima lawatan dari Maktab Sabah sempena Program Lawatan Smart Edu-Link Pusat Tingkatan Enam. Program ini telah disertai oleh para pelajar semester 2 seramai 97 orang berserta guru akademik Tingkatan 6 seramai 32 orang.
Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar khususnya golongan bumiputera mengenai halatuju dan peluang pekerjaan bagi program-program yang ditawarkan di UiTM Cawangan Sabah serta kriteria yang diperlukan untuk memohon program yang ditawarkan. Juga untuk membina motivasi dan keyakinan diri pelajar agar terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment