Pages

Friday 4 November 2022

Aktiviti Promosi MOBILEAPP@UiTM LIBRARY



Pada 04hb November 2022 (Jumaat), PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan aktiviti untuk mempromosikan MOBILEAPP@UiTM LIBRARY kepada semua pelajar yang datang ke perpustakaan, bertempat di Lobi Utama, Menara Pustaka UiTM Cawangan Sabah.

Para pelajar telah memasang aplikasi MOBILEAPP@UiTM LIBRARY dan diberi penerangan serta pendedahan tentang aplikasi tersebut.

Sebagai tanda terima kasih, pihak PTAR UiTM Sabah telah memberikan penanda buku kepada semua pelajar yang telah berjaya memasang aplikasi berkenaan di telefon masing-masing







 

Wednesday 2 November 2022

Lawatan penandaarasan Daripada Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu

 

Pada 02hb November 2022 (Rabu), PTAR UiTM Sabah amat berbesar hati menerima lawatan penandaarasan daripada Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu ke Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah.

Pihak PTAR telah mengadakan “Library Tour” untuk melawat sekitar Perpustakaan dan memperkenalkan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi yang ada di Perpustakaan.





Wednesday 19 October 2022

Lawatan Penandaarasan Daripada Institut Perguruan Maktab Gaya, Kota Kinabalu

 

Pada 19hb Oktober 2022 (Rabu), PTAR UiTM Sabah amat berbesar hati menerima lawatan penandaarasan daripada Institut Perhuruan Maktab Gaya, Kota Kinabalu ke Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah.

Pihak PTAR telah mengadakan “Library Tour” untuk melawat sekitar Perpustakaan dan memperkenalkan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi yang ada di Perpustakaan. Selain itu juga, rombongan telah dibawa untuk melihat gerak kerja setiap unit yang ada di perpustakaan.





Sunday 16 October 2022

Mesyuarat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Bersama Timbalan-Timbalan Rektor HEP Dan Timbalan-Timbalan Dekan HEP UiTM


Pada 14hb Oktober 2022 (Jumaat) Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah dengan berbesar hati telah menerima lawatan daripada Y.Bhg. Prof. Dr Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM beserta rombongan bersempena dengan Mesyuarat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Bersama Timbalan-Timbalan Rektor HEP Dan Timbalan-Timbalan Dekan HEP UiTM yang telah diadakan di Aras 2, Menara Pustaka, PTAR UiTM Sabah.



Thursday 6 October 2022

Taklimat Perpustakaan Sempena Program Minggu Destinasi Siswa (MDS) UiTM Cawangan Sabah Sesi Oktober 2022

 


Pada 05-06 Oktober 2022 (Rabu - Khamis) telah diadakan Program Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Cawangan Sabah Sesi Oktober 2022 (Diploma/Ijazah) yang diadakan di Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana UiTM Cawangan Sabah.

Taklimat Perpustakaan telah disampaikan oleh Encik Romi Rampun @ Ramlan, Timbalan Ketua Pustakawan, dibantu oleh Pustakawan Kanan dan staf PTAR Sabah.