Pages

Showing posts with label gotong-royong. Show all posts
Showing posts with label gotong-royong. Show all posts

Wednesday, 15 May 2019

Agihan Bubur Kacang PTAR UiTM Cawangan Sabah


       Sempena meraikan dan mengimarahkan lagi kedatangan Ramadan tahun ini, PTAR UiTM Sabah buat julung kalinya telah menganjurkan Program Pengagihan Bubur Kacang Sempena Bulan Ramadhan pada 15hb Mei 2019.
         Sebanyak 120 unit Bubur kacang telah diagihkan kepada semua warga UiTM tanpa mengira latar belakang dan agama. Staf PTAR telah bergotong royong untuk menyediakan juadah tersebut.
Program ini merupakan salah satu pendekatan bagi menyatupadu staf Perpustakaan disamping dapat beramal sempena bulan Ramadhan. Program seumpama ini mampu memberikan impak yang positif kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana mampu mengeratkan silaturahim dalam kalangan mereka semua.


Program Gotong-Royong Bubur Lambuk UiTM Cawangan Sabah


Program tahunan UiTM Cawangan Sabah 
Jom kita bersama-sama memeriahkan lagi program gotong-royong  Bubur Lambuk 2019. Dengan adanya program sebegini, kita dapat memberi peluang kepada warga UiTM berinfaq dan memberi sumbangan tenaga menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada pelajar, staf dan komuniti. InsyaAllah diberi ganjaran di sisi Allah SWT.