Pada 24 November 2017 (Jumaat), Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Sabah amat berbesar hati kerana telah menerima satu projek "community service" di bawah seliaan pensyarah Dr. Dewi Tajudin yang melibatkan seramai 30 orang pelajar semester 3 (BM250) dan 7 orang pelajar semester 2 (BM242). Para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan melibatkan Unit Perkhidmatan Pelanggan Dan Sokongan, Unit Jurnal Dan Pangkalan Data, Unit Pentadbiran Dan Arkib, Unit Sistem Dan Teknologi Maklumat.

