Pages

Showing posts with label sumbangan. Show all posts
Showing posts with label sumbangan. Show all posts

Wednesday, 11 November 2020

Program Hasil Kerjasama PSKK UiTM Sabah, NGO dan Staf UiTM Sabah


11 November 2020 | Program hasil kerjasama PSKK UiTM Caw. Sabah, NGO (Persatuan Infaq Sebulan Sekampit Beras) & Staf UiTM Caw. Sabah.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Datuk Profesor Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline, Rektor UiTM Caw. Sabah bertujuan memberi sumbangan bantuan makanan sebakul Infaq kepada setiap asnaf yang terpilih di sekitar kampus UiTM Cawangan Sabah iaitu Kampung Lokub, Kampung Unggun dan Kampung Sepakat Jaya.

Semoga dengan inisiatif ini dapat bersama-sama meringankan beban masyarakat yang memerlukan bantuan makanan di sekitar kampus & 'memasyarakatkan' kampus UiTM Cawangan Sabah.

#kitaUiTM
#UiTMdiHatiku
#pskkuitmcsh
#persatuaninfaqsebulansekampitberas

Majlis Penyerahan Dana Bantuan Kerajaan Negeri Sabah

15 April 2020 | Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Bantuan Kerajaan Negeri Sabah yang melibatkan UiTM Cawangan Sabah termasuk IPTA/IPTS lain di Sabah.

Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kebajikan pelajar IPTA/IPTS di Sabah dan memastikan para pelajar selesa dengan bekalan makanan yang mencukupi.

Sehubungan itu, Kerajaan negeri meluluskan sebanyak RM930,680.00 untuk manfaat seramai 23,267 orang pelajar daripada 40 buah IPTA/IPTS seluruh Sabah. 

UiTM Cawangan Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah di atas sumbangan dan keprihatinan terhadap para pelajar yang terkesan semasa tempoh PKP dari awal sehinggah 28 April 2020 ini.

Sumber Gambar: Politeknik KK (Adie Ganz)
Sumber Berita: Berita RTM Sabah & Pejabat JKM Sabah

#cegahcovid19
#kitajagakita
#takecare
#stayhome
#staysafe
#UiTMdihatiku
#kitaUiTM



Sumbangan Hand Sanitizer UiTM Kepada Klinik Komuniti Kepayan

13 April 2020 | UiTM Cawangan Sabah menyumbangkan Hand Sanitizer kepada Klinik Komuniti Kepayan yang telah dihasilkan oleh Kompleks Makmal Sains & Agroteknologi (KOMSAT) bersama Fakulti Sains Gunaan (FSG) sebagai Projek Rintis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) UiTM untuk disumbangkan kepada pihak-pihak yang memerlukan terutama pasukan hadapan negara yang kini berhadapan dengan kekurangan peralatan perlindungan untuk menjalankan tugas mereka.


#cegahcovid19
#takecare
#stayhome
#staysafe
#KlinikKomunitiKepayan
#UiTMdihatiku
#kitaUiTM