Pages

Showing posts with label interim. Show all posts
Showing posts with label interim. Show all posts

Wednesday, 14 August 2019

Taklimat Pelajar INTERIM 2019 UiTM Cawangan Sabah.



    PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Taklimat Penetapan Modul Information Literacy Skills, sempena minggu Interim UiTM Cawangan Sabah pada 02,06,07 dan 14hb Ogos 2019. Seramai 1,200 orang pelajar baharu telah menghadiri taklimat berkenaan yang telah diadakan di Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana dan di PTAR UiTM Cawangan Sabah. Tahniah dan Selamat datang ke UiTM Cawangan Sabah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baharu.

Wednesday, 13 February 2019

Book Review Bersama Pelajar INTERIM 2019



PTAR UiTM Sabah telah mengadakan program "Book Review Bersama Pelajar INTERIM 2019" pada 13hb Februari 2019 (Rabu) dan telah disertai oleh seramai 120 orang pelajar baharu, dalam usaha untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia.

Objektif utama program ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca dan selain itu juga, program sebegini dapat memupuk budaya membaca di kalangan mahasiswa/i baharu dan telah memberi kesedaran betapa pentingkan memupuk minat budaya membaca. 



Taklimat Penetapan Modul Information Literacy Skills, Sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah



PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan kepada pelajar Baharu sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah pada 8, 11 dan 13hb Februari 2019. Taklimat ini telah dihadiri seramai 130 orang pelajar. Taklimat berkenaan telah diadakan di Dewan Tun Mustapha dan Menara Pustaka UiTM Sabah. Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan serba sedikit kepada pelajar tentang fungsi utama, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR UiTM Cawangan Sabah.

Tuesday, 17 July 2018

Taklimat Penetapan Modul Information Literacy Skills, Sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah



PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan kepada pelajar Baharu sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah pada 17hb Julai 2018. Taklimat ini telah dihadiri lebih 1,000 orang pelajar dan mereka diagihkan mengikut 3 kumpulan. Taklimat berkenaan telah diadakan secara serentak di Dewan Al- Bukhari, Dewan Tun Mustapha dan Dewan Ibnu Sina, Menara Ujana Sarjana. Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan serba sedikit kepada pelajar tentang fungsi utama, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR UiTM Cawangan Sabah.