Program Read@Uni Perpustakaan UiTM Sabah: (Book Reviews) Sesi Perkongsian Ilmu bersama En. Mohd Narus Talib, pensyarah sambilan sepenuh masa,Bahagian Hal Ehwal Islam (ACIS) UiTM Cawangan Sabah dan juga penulis buku " Satu Permulaan" sempena Taklimat Pelajar Interim 2019 pada 07 dan 14hb Ogos 2019 bertempat di Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana.
Showing posts with label read@uni. Show all posts
Showing posts with label read@uni. Show all posts
Wednesday, 14 August 2019
Tuesday, 7 May 2019
Program Read@Uni: Book reviews bersama En. Romi Rampun @ Ramlan, Timbalan Ketua Pustakawan
Program Read@Uni Perpustakaan UiTM Sabah: (Book Reviews) Sesi Perkongsian Ilmu dari En. Romi Rampun @ Ramlan, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Sabah bersama pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi pada 07hb Mei 2019 (Selasa) di Makmal Kemahiran Maklumat, PTAR UiTM Cawangan Sabah.
Tuesday, 23 April 2019
Sekitar Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, PTAR UiTM Sabah
Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah berjalan dengan
jayanya di Aras 1 dan Aras 2 Menara Pustaka dengan penyertaan seramai 111 orang
pelajar. Program ini merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di
seluruh negara yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).
Program ini bertujuan menyemai
minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu
pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara. Program “Jom Baca Bersama
Untuk 10 Minit” ini diadakan serentak di seluruh Negara pada hari ini iaitu 23
April 2018 iaitu jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
Read@Uni "Jom Baca Bersama untuk 10 Minit"
Jom ramai-ramai memeriahkan program Read@Uni "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" pada 23hb April 2019 pada jam 11.00am-11.10am dan jam 2.30pm - 2.40pm bertempat di Menara Pustaka, UiTM Sabah
Dijemput semua warga UiTM Kampus Sabah untuk menghadiri dan memeriahkan aktiviti tersebut..Hadiah misteri menanti anda
Friday, 19 April 2019
Program Read@Uni, "Bah.., Jom Teka!"
Sempena program Read@Uni, PTAR UiTM Sabah telah mengadakan peraduan, "Bah.., Jom Teka!" yang sedang berlangsung di Lobi Utama, Menara Pustaka bermula pada 19hb - 26hb April 2019. Terbuka kepada semua warga UiTM Sabah. Peserta perlulah meneka bilangan buku yang terdapat didalam rak. Hadiah misteri menanti para pemenang. Selamat mencuba....!
Pameran Read@Uni
PTAR UiTM Sabah telah mengadakan pameran bersempena dengan program Read@Uni 2019. Pameran ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar tentang objektif utama program berkenaan.
Selain itu, melalui pameran ini juga dapat mempromosikan lagi aktivit-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019. Secara tidak langsung program sebegini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya budaya membaca dikalangan masyarakat.
Wednesday, 13 February 2019
Book Review Bersama Pelajar INTERIM 2019
PTAR UiTM Sabah telah mengadakan program "Book Review Bersama Pelajar INTERIM 2019" pada 13hb Februari 2019 (Rabu) dan telah disertai oleh seramai 120 orang pelajar baharu, dalam usaha untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia.
Objektif utama program ini adalah untuk mempergiatkan
aktiviti galakan membaca dan selain
itu juga, program sebegini dapat memupuk budaya membaca di kalangan mahasiswa/i
baharu dan telah memberi kesedaran betapa pentingkan memupuk minat budaya
membaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)












