Pages

Showing posts with label library tour. Show all posts
Showing posts with label library tour. Show all posts

Thursday, 29 August 2019

Library Tour@PTAR UiTM Sabah


     Pada 29hb Ogos 2019 (Khamis), seramai 126 orang pelajar baharu Sarjana Muda sesi 1-2019/2020 telah mengikuti program Library tour@PTAR UiTM Sabah. Para siswa/siswi telah dibawa melawat ke dalam perpustakaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak PTAR UiTM Cawangan Sabah.

Tuesday, 17 July 2018

Taklimat Penetapan Modul Information Literacy Skills, Sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah



PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan kepada pelajar Baharu sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah pada 17hb Julai 2018. Taklimat ini telah dihadiri lebih 1,000 orang pelajar dan mereka diagihkan mengikut 3 kumpulan. Taklimat berkenaan telah diadakan secara serentak di Dewan Al- Bukhari, Dewan Tun Mustapha dan Dewan Ibnu Sina, Menara Ujana Sarjana. Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan serba sedikit kepada pelajar tentang fungsi utama, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR UiTM Cawangan Sabah.