Pages

Showing posts with label PTAR Sabah. Show all posts
Showing posts with label PTAR Sabah. Show all posts

Wednesday, 24 October 2018

Bengkel Teknikal Dan Pengajaran Kreatif Smart Classroom


  Pada 24hb Oktober 2018, PTAR UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama syarikat pembekal telah mengadakan Bengkel Teknikal Dan Pengajaran Kreatif  Smart Classroom, di Aras 3  Menara Pustaka ,PTAR Cawangan Sabah. Antara yang menghadiri bengkel berkenaan adalah Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Jasman Jaafar, ketua koordianator program, para pensyarah dan beberapa orang staf PTAR Sabah. 

  Bengkel yang berlangsung selama sehari ini telah memberikan pendedahan kepada peserta cara penggunaan dan pengendalian Bilik Smart Classroom  dan secara tidak langsung bengkel ini telah memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi utama bilik berkenaan.

Friday, 12 October 2018

Pertandingan Akhir Anugerah Kualiti Rektor (AKR) 2018


PTAR UiTM Cawangan Sabah telah berjaya terpilih sebagai "finalist" Pertandingan Akhir Anugerah Kualiti Rektor (AKR) 2018 pada 12 Oktober 2018 (Jumaat) di Dewan Tun Mustapha, Ujana Sarjana. Pembentangan akhir telah diketuai oleh Encik Romi Rampun@Ramlan, Timbalan Ketua Pustakawan diiringi oleh Pustakawan Kanan, Puan Haryati Ramlee, Cik Marlia Yuming - Pustakawan,  Encik Mohd Iskandar Abdullah dan Encik Zakariamat Mattiong. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan PTAR UiTM Sabah. 

Friday, 24 November 2017

Projek Amal Pelajar Di Bawah Seliaan Dr. Dewi Tajudin


Pada 24 November 2017 (Jumaat), Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Sabah amat berbesar hati kerana telah menerima satu projek "community service" di bawah seliaan pensyarah Dr. Dewi Tajudin yang melibatkan seramai 30 orang pelajar semester 3 (BM250) dan 7 orang pelajar semester 2 (BM242). Para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan melibatkan Unit Perkhidmatan Pelanggan Dan Sokongan, Unit Jurnal Dan Pangkalan Data, Unit Pentadbiran Dan Arkib, Unit Sistem Dan Teknologi Maklumat.

Friday, 17 November 2017

Majlis Anugerah Inovasi Dan Jasamu Dikenang 2017 (MAIJD 2017)


Tahniah Perpustakaan UiTM Sabah (PTAR) kerana telah menerima Anugerah Khas Rektor Kategori Bahagian, sempena Majlis Anugerah Inovasi Dan Jasamu Dikenang 2017. PTAR Sabah yang telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Romi Rampun @ Ramlan untuk menerima anugerah berkenaan yang telah disampaikan oleh Rektor UiTM Sabah, Y. Bhg. Professor Madya Datuk Dr. Abdul Kadir Hj. Roseline. Majlis ini telah berlangsung pada 17hb November 2017 (Jumaat) bertempat di Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana UiTM Cawangan Sabah.