Showing posts with label taklimat. Show all posts
Showing posts with label taklimat. Show all posts
Wednesday, 13 February 2019
Taklimat Penetapan Modul Information Literacy Skills, Sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah
Thursday, 13 September 2018
Lawatan Timbalan Rektor HEA Bersama Koordinator Program ke Smart Class Room PTAR UiTM Sabah
Pada 13hb September 2018 (Khamis), PTAR UiTM Sabah telah menerima kunjungan dari Prof. Madya Jasman Hj. Jaafar, Timbalan Rektor HEA UiTM Sabah bersama dengan Koordiantor Program untuk melawat ke Smart Class Room, Aras 3 Menara Pustaka. Turut mengiringi rombongan adalah Timbalan ketua Pustakawan, Encik Romi Rampun @ Ramlan dan beliau juga telah memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan Smart Class Room.
Friday, 27 July 2018
Taklimat CFS (Customers Feedback System) untuk Staf PTAR UiTM Cawangan Sabah
PTAR UiTM Cawangan Sabah amat berbesar hati telah menerima wakil syarikat untuk memberikan taklimat berkenaan CFS ( Customers Feedback System) yang telah diadakan pada 27hb Julai 2018 (Jumaat) bertempat di Ruang Lobi Utama, Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah. Customers Feedback System ini terdapat di Kaunter Utama Pinjaman/ Pemulangan dan Kaunter ICT., PTAR UiTM Cawangan Sabah
Tuesday, 17 July 2018
Taklimat Penetapan Modul Information Literacy Skills, Sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah
PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan kepada pelajar Baharu sempena Minggu Interim UiTM Cawangan Sabah pada 17hb Julai 2018. Taklimat ini telah dihadiri lebih 1,000 orang pelajar dan mereka diagihkan mengikut 3 kumpulan. Taklimat berkenaan telah diadakan secara serentak di Dewan Al- Bukhari, Dewan Tun Mustapha dan Dewan Ibnu Sina, Menara Ujana Sarjana. Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan serba sedikit kepada pelajar tentang fungsi utama, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR UiTM Cawangan Sabah.
Monday, 15 January 2018
Taklimat Pengurusan Arkib Dan Rekod
Pada 15 Januari 2018 (Isnin) telah berlansung Program Taklimat Pengurusan Arkib dan Rekod di UiTM Cawangan Sabah. Sesi taklimat telah diadakan di Dewan Kuliah 2, Menara Ilmu UiTM Sabah. Sesi taklimat diteruskan lagi dengan lawatan dan khidmat nasihat bilik fail/bilik rekod di bahagian Pentadbiran, Kewangan, HEP, HEA dan lain-lain.
Program taklimat ini secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada staf tentang kepentingan Pengurusan Rekod yang lebih terurus dan sistematik didalam sesebuah Jabatan mahupun Bahagian. UiTM Cawangan Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan Pengurusan Arkib Dan Rekod dari Jabatan Arkib Universiti.
Monday, 11 September 2017
Taklimat Pengenalan Sistem Perpustakaan WILS di PTAR UiTM Sabah
Pada 11 - 13hb September 2017, sistem WILS telah pun dimigrasi sepenuhnya di PTAR UiTM Sabah. Pasukan Teknikal WILS (Web Integrated Library System) dari PTAR Shah Alam telah memberi taklimat pengenalan berkenaan sistem baharu ini kepada semua staf yang terlibat, bertempat di Makmal Kemahiran Maklumat (MKM) PTAR UiTM Sabah.
Tuesday, 5 September 2017
Taklimat Perpustakaan Sempena Minggu Destini Siswa
Subscribe to:
Posts (Atom)















