Pages

Friday, 17 February 2017

Pelancaran Sistem E-Room Library Reservation

PTAR UiTM Sabah telah melancarkan "E-Room Library Reservation" pada 17 Februari 2017 yang dirasmikan oleh YBhg Profesor Madya Datuk Dr Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline Rektor UiTM Cawangan Sabah bertempat di Dewan Tun Mustapha, Sempena Amanat Rektor Tahun 2017.
Pengguna sama ada pelajar atau staf boleh menempah bilik-bilik Perpustakaan  melalui atas talian yang boleh diakses 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dan telah mula di laksanakan pada 02 Februari 2017 yang lalu.
Sebelum ini, pengguna membuat tempahan melalui kaedah mengisi borang Kaunter Utama di Perpustakaan dan masa untuk membuat tempahan bilik Perpustakaan adalah terhad iaitu mengikut masa Perkhidmatan Perpustakaan sahaja.

No comments:

Post a Comment