PTAR UiTM Sabah sangat berbesar hati kerana menerima lawatan dari pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK Badin, Tuaran pada 25hb Oktober 2017. Seramai 200 pelajar dan 4 guru pengiring telah melawat ke PTAR UiTM Sabah. Ini secara langsung dapat memberi gambaran dan pendedahan awal kepada para pelajar, suasana pembelajaran dan persekitaran di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah. PTAR UiTM Sabah mengucapkan jutaan terima kasih atas lawatan berkenaan.
No comments:
Post a Comment