Pada 15 Januari 2018 (Isnin) telah berlansung Program Taklimat Pengurusan Arkib dan Rekod di UiTM Cawangan Sabah. Sesi taklimat telah diadakan di Dewan Kuliah 2, Menara Ilmu UiTM Sabah. Sesi taklimat diteruskan lagi dengan lawatan dan khidmat nasihat bilik fail/bilik rekod di bahagian Pentadbiran, Kewangan, HEP, HEA dan lain-lain.
Program taklimat ini secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada staf tentang kepentingan Pengurusan Rekod yang lebih terurus dan sistematik didalam sesebuah Jabatan mahupun Bahagian. UiTM Cawangan Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan Pengurusan Arkib Dan Rekod dari Jabatan Arkib Universiti.
No comments:
Post a Comment