Pages

Thursday 26 September 2019

Jokir Ilmu Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Sabah


    Perpustakaan PTAR UiTM Cawangan Sabah telah menyertai Pertandingan Sudut Bacaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah. PTAR telah memilih nama "JOKIR ILMU" sebagai nama sudut bacaan berkenaan yang terletak di Lobi Utama. Ahli jawatankuasa yang terlibat telah mengambil masa dalam sebulan untuk menyediakan  sudut berkenaan. 
    Pada 26hb September 2019 (Khamis), Pihak Penilai dari Dewan Bahasa dan Pustaka telah datang untuk  sesi lawatan dan penilaian Jokir Ilmu PTAR Sabah. Sesi Penilaian berkenaan telah berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment