Pages

Tuesday 15 February 2022

Kunjungan Hormat Datuk Rektor Bersama PTAR Sabah Ke Perpustakaan Negeri Sabah (PNS)

 


Pada 15hb Februari 2022, PTAR Sabah yang telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pustakawan, En. Romi Rampun @ Ramlan bersama-sama dengan Rektor UiTM Cawangan Sabah, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Roseline telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Pn. Hajah Fatimah Abdillah.


Antara tujuan utama kunjungan hormat berkenaan adalah memaklumkan perkhidmatan baharu yang disediakan di PTAR Cawangan Sabah iaitu perkhidmatan rawatan buku nadir & fail (Fumigasi). Selain itu, ini juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua pihak.


No comments:

Post a Comment