Pages

Friday 1 April 2022

Pasukan KORPTAR Merangkul Naib Johan Kejohanan Badminton Piala Timbalan Rektor HEP 2022

 


Pada 16 Mac 2022 telah berlangsung pertandingan badminton antara jabatan sempena Piala Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Sabah. Kejohanan ini telah disertai oleh 6 pasukan yang mewakili jabatan masing-masing.

PTAR Sabah telah bergabung dengan Unit Komunikasi Korporat UiTM Sabah dan telah menghantar pasukan yang terdiri daripada staf PTAR. Turut menyertai kejohanan ini adalah Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Romi Rampun @ Ramlan.

Pertandingan akhir telah berlangsung pada 31 Mac 2022 bertempat di Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana. diantara pasukan KORPTAR menentang pasukan PTA (Pentadbiran), dimana pasukan PTA telah memenangi Kejohanan Badminton Piala Timbalan Rektor HEP 2022.

Tahniah diucapkan kepada PTAR Sabah & Unit Komukasi Korporat UiTM Cawangan Sabah.


No comments:

Post a Comment