Pages

Sunday, 25 September 2022

Tiktok Merdeka Challenge @ PUiTM: Tahniah PTAR UiTM Cawangan Sabah


Tiktok Merdeka Challenge @ PUiTM telah dijalankan bermula 1 Ogos 2022 hingga 1 September 2022 berdasarkan jumlah likes tertinggi.

Diucapkan tahniah dan syabas kepada PTAR UiTM Cawangan Sabah kerana mendapat tempat ketiga Tiktok Merdeka Challenge @ PUiTM untuk jumlah “Likes” tertinggi.



Dalam video sempena kemerdekaan yang bertemakan “TEMPAT IKONIK BERSEJARAH”, terdapat beberapa lokasi yang diketengahkan disekitar Kota Kinabalu dan Tawau.

Antara lokasi ikonik bersejerah di negeri Sabah adalah Menara Tun Mustapha, Tugu Peringatan Double Six, Tugu Peringatan Petagas, Menara Jam Atkinson, Tugu Malaysia, Muzium Sabah, Tugu Peringatan Perang Borneo Utara, Tugu Pahlawan, Tugu Peringatan Tawau dan banyak lagi.

Jom follow Tiktok PTAR UiTM Sabah @ https://www.tiktok.com/@perpustakaanuitmsabah?_t=8XOGyEgaMKI&_r=1





Tuesday, 16 August 2022

Pertandingan Glamour Merdeka UiTM Cawangan Sabah


Pada 16hb Ogos 2022, PTAR UiTM Cawangan Sabah telah mengikuti Pertandingan Glamour Merdeka sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-65 yang telah dianjurkan oleh Pejabat Rektor Dan Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sabah.


Objektif utama program ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara Malaysia, meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan di kalangan warga, mendorong dan mencetus kreativiti warga serta menyemarak semangat kerjasama dan berpasukan.






 

Friday, 15 July 2022

Thursday, 30 June 2022

TWITTER PTAR UiTM SABAH

 


Feel free to follow us @ http://twitter.com/LibUiTMSabah

KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT (E-KKM)

 


Tempahan Kelas Kemahiran Maklumat boleh di buat secara atas talian. Terdapat 6 modul yang telah kami sediakan untuk membantu anda dalam pencarian asas kemahiran maklumat. 
Jom klik ekkm.uitm.edu.my untuk tempahan,

SCIENCE DIRECT

 


Jom imbas QR Code atau layari laman web http://sabah.library.uitm.edu.my untuk akses pangkalan data SCIENCEDIRECT

PANDUAN TEMPAHAN KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAN (E-KKM)


 Jom imbas QR Code untuk tempahan Kelas Kemahiran Maklumat (E-KKM)

STEPS TO ACCESS OUR ONLINE DATABASE


 Jom layari laman web kami di http://sabah.library.uitm.edu.my untuk mendapatkan kemudahan pangkalan data yang telah kami sediakan.

EZACCESS UiTM LIBRARIES E-RESOURCES



Jom imbas QR- Code untuk melayari perkhidmatan EZACCESS UiTM LIBRARIES yang disediakan untuk anda semua. Sila klik http://ezaccess.library.uitm.edu.my/login

 

Wednesday, 29 June 2022

Tuesday, 28 June 2022

PESTA KONVO UiTM CAWANGAN SABAH !!!


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera. Dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu akan menganjurkan Pesta Konvo sempena Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-93 pada 28 Jun 2022 hingga 01 Julai 2022

Pelbagai aktiviti dan gerai jualan sempena Pesta Konvo kali ini. Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana sepanjang Pesta Konvo UiTM Cawangan Sabah.
 

Wednesday, 15 June 2022

EKSPO SELANGKAH KE UiTM


Berita baik kepada semua lepasan SPM/ STPM.... UiTM Cawangan Sabah akan mengadakan Ekspo Selangkah Ke UiTM pada 18 & 19 Jun 2022 bertempat di Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana UiTM Sabah untuk menyemak kelayakan. Bakal mahasiswa dan orang ramai di jemput hadir.

 

Friday, 27 May 2022

Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ PTAR UiTM Cawangan Sabah


Pada 27hb Mei 2022 (Jumaat), PTAR Sabah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Menara Pustaka, UiTM Cawangan Sabah. Semua warga UiTM Sabah telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan majlis berkenaan.

Sambutan yang diberikan amatlah meriah dan penuh harmoni. Selain itu, majlis ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua jabatan. PTAR UiTM Cawangan Sabah mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.








 

Wednesday, 25 May 2022

Majlis Perasmian Smart Classroom 1, Smart Classroom 2 Dan Big Data Lab Perpustakaan UiTM Sabah oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Teknologi MARA

 


Pada 25hb Mei 2022 (Rabu), PTAR UiTM Sabah dengan berbesar hati telah menerima kunjungan daripada YBhg. Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Teknologi MARA beserta dengan rombongan, untuk menghadiri Majlis Perasmian Smart Classroom1, Smart Classroom 2 Dan Big Data Lab, Perpustakaan UiTM Sabah.


Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Dr. Firdausi Bin Suffian, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Sabah dan YBhg. Datin Dr. Rafidah Binti Datuk Haji Salleh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Sabah.


Tuesday, 19 April 2022

Program Agihan Bubur Percuma Sempena Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak


PTAR UiTM Sabah telah mengadakan gotong-royong dikalangan staf PTAR pada 18hb April 2022 untuk menyediakan juadah bubur kacang ubi manis sempena Program Agihan Bubur Percuma bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia.


Sebanyak 200 bekas telah disediakan dan diagihkan oleh Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Sabah, YBhg. Datin Dr. Rafidah Binti Datuk Hj. Salleh bersama dengan Encik Romi Rampun @ Ramlan, Timbalan Ketua Pustakawan kepada warga kampus yang terdiri daripada staf dan pelajar UiTM Cawangan Sabah.











 

Wednesday, 13 April 2022

LIVE@PTAR: Ceramah Ramadan: SIRI 2: Kelebihan Ramadan Dan Persediaan Menghadapinya"

 


Alhamdulillah, atas sambutan dan permintaan ramai dari warga UiTM Cawangan Sabah pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Ceramah Ramadhan Siri 2 yang bertajuk "Kelebihan Ramadan Dan Persediaan Menghadapinya" yang telah disampaikan oleh Ustaz Asley Bin Josly,  Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah


Ceramah berkenaan telah diadakan pada 13hb April 2022 (Rabu) pada jam 2.30 petang secara atas talian melalui medium Google Meet. Semoga program sebegini dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadan bulan yang mulia ini

Friday, 1 April 2022

Pasukan KORPTAR Merangkul Naib Johan Kejohanan Badminton Piala Timbalan Rektor HEP 2022

 


Pada 16 Mac 2022 telah berlangsung pertandingan badminton antara jabatan sempena Piala Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Sabah. Kejohanan ini telah disertai oleh 6 pasukan yang mewakili jabatan masing-masing.

PTAR Sabah telah bergabung dengan Unit Komunikasi Korporat UiTM Sabah dan telah menghantar pasukan yang terdiri daripada staf PTAR. Turut menyertai kejohanan ini adalah Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Romi Rampun @ Ramlan.

Pertandingan akhir telah berlangsung pada 31 Mac 2022 bertempat di Dewan Al-Bukhari, Ujana Sarjana. diantara pasukan KORPTAR menentang pasukan PTA (Pentadbiran), dimana pasukan PTA telah memenangi Kejohanan Badminton Piala Timbalan Rektor HEP 2022.

Tahniah diucapkan kepada PTAR Sabah & Unit Komukasi Korporat UiTM Cawangan Sabah.


Wednesday, 30 March 2022

LIVE@PTAR Ceramah Ambang Ramadan: Kelebihan Ramadan Dan Persediaan Menghadapinya"

 


Alhamdulillah, pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Ceramah Ambang Ramadhan yang bertajuk "Kelebihan Ramadan Dan Persediaan Menghadapinya" yang telah disampaikan oleh Ustaz Asley Bin Josly,  Penolong Pegawai Hal ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah

Ceramah berkenaan telah diadakan pada 30hb Mac 2022 (Rabu) pada jam 2.30 petang secara atas talian melalui medium Google Meet. Semoga program sebegini dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadan bulan yang mulia ini


Tuesday, 15 February 2022

Kunjungan Hormat Datuk Rektor Bersama PTAR Sabah Ke Perpustakaan Negeri Sabah (PNS)

 


Pada 15hb Februari 2022, PTAR Sabah yang telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pustakawan, En. Romi Rampun @ Ramlan bersama-sama dengan Rektor UiTM Cawangan Sabah, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Roseline telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Pn. Hajah Fatimah Abdillah.


Antara tujuan utama kunjungan hormat berkenaan adalah memaklumkan perkhidmatan baharu yang disediakan di PTAR Cawangan Sabah iaitu perkhidmatan rawatan buku nadir & fail (Fumigasi). Selain itu, ini juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua pihak.


Tuesday, 20 July 2021

TERIMA KASIH FRONTLINER


TERIMA KASIH 'FRONTLINERS'
Kami sangat menghargai mereka yang telah bekorban masa dan tenaga anda kepada kami selama ini. Terima kasih atas kerja keras dan jasa anda untuk negara.